Sunday 22 April 2012

BENGKEL PENDIDIKAN KHAS 2012 “MASA DEPAN INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS DALAM MASYARAKAT”


DIKELOLAKAN OLEH:          PERSATUAN PENDIDIKAN KHAS,
SMK LUBOK BUNTAR, SERDANG,  KEDAH



TARIKH                 :               1  APRIL  2012 (AHAD)
MASA                   :                8.00 PAGI – 2.00 PETANG
TEMPAT               :               DEWAN MAKAN ASRAMA,
SMK LUBOK BUNTAR.



PENCERAMAH:

I.        Puan Norma Binti Ibrahim
Penyelaras Pendidikan Khas, SMK. Lubok Buntar
Tajuk ceramah : Persediaan  Individu Berkeperluan Khas Ke Alam Pekerjaan

II.      Cik Normazliza Binti Ismail
Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat,  Daerah Bandar Baharu, Kedah.
Tajuk ceramah  : Hak Orang Kelainan Upaya (OKU) Dalam Masyarakat

III.    Puan Surida Binti Shahidan
Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bukit Mertajam
Tajuk ceramah : Keistimewaan Kepada Agensi Yang Menyediakan Pekerjaan
Kepada Individu Berkeperluan Khas


Matlamat
Bengkel ini bertujuan membantu insan-insan berkeperluan khas mendapat hak mereka untuk diterima sebagai individu yang produktif di dalam masyarakat di samping dapat bersaing dalam pasaran pekerjaan di luar.
Objektif
Di antara objektif diadakan bengkel ini adalah;
i.        Memberi  maklumat kepada ibu bapa, keluarga, masyarakat dan agensi-agensi tertentu tentang kewajipan mereka terhadap seseorang  individu berkeperluan khas.
ii.      Memberi  pendedahan kepada ibu bapa, keluarga, masyarakat dan agensi-agensi tertentu tentang keistimewaan yang disediakan oleh kerajaan terhadap individu berkeperluan khas yang bekerja
iii.    Menyampaikan maklumat kepada masyarakat dan agensi-agensi pekerjaan tentang keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan kepada agensi yang mengambil individu  berkeperluan khas bekerja. 

Kumpulan Sasaran
Individu berkeperluan khas
Ibu bapa atau keluarga
Agensi-agensi pekerjaan
Pemimpin masyarakat
Guru-guru pendidikan khas

Perasmian oleh :
Encik Sofaruddin Bin Hj. Ismail, BCK.
Ketua Sektor Pendidikan Swasta Dan Pendidikan Khas
                Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.


UCAPAN DAN PERASMIAN OLEH ENCIK  SOFARUDDIN BIN HJ. ISMAIL, BCK, KETUA SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS, JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH.




CERAMAH OLEH PUAN NORMA BINTI IBRAHIM, GURU CEMERLANG PENDIDIKAN KHAS, SMK. LUBOK BUNTAR, SERDANG, KEDAH. TAJUK CERAMAH : PERSEDIAAN AWAL INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS KE ALAM PEKERJAAN.




CERAMAH OLEH PEGAWAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI, BUKIT MERTAJAM DAN PENOLONG PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT BANDAR BAHARU, KEDAH.






     PARA PESERTA BENGKEL DAN SESI SOAL JAWAB DENGAN PENCERAMAH.



 PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN KEPADA PESERTA BENGKEL PEND. KHAS



PAMERAN DAN JUALAN HASIL PELAJAR PENDIDIKAN KHAS – ANTARA AKTIVITI SAMPINGAN PADA HARI TERSEBUT.








No comments:

Post a Comment