Sunday 22 April 2012

BAHAN TAKLIMAT PEMUAFAKATAN PROFESIONALISME GURU CEMERLANG DAERAH KULIM BANDAR BAHARU BIL 2/2012


INOVASI DAN KREATIVITI DALAM P&P MENGAJAR KEMAHIRAN BELAJAR

BAHAN UNTUK DOWNLOAD:

CHE AHAMAD BIN DAUD
GURU CEMERLANG SAINS
SM.VOKASIONAL KULIM

KEJAYAAN DI DEPAN MATA
Empat faktor menentukan kejayaan mereka
1.Mereka ada KEMAHUAN yang membara untuk menawan puncak Everest.
2.Mereka YAKIN sekiranya mereka berusaha bersungguh-sungguh, mereka akan berjaya.
3. Mereka sanggup berlatih dan BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH serta berkerjasama sebagai satu pasukan dalam menawan gunung tersebut.
4. Mereka telah mempelajari CARA-CARA TERBAIK dan selamat untuk mendaki gunung tersebut.

RENUNGAN BERSAMA
the quality of  an education system  cannot exceed the quality of  its teachers
(McKinsey Report, 2007)

“Kualiti guru mempunyai kaitan rapat dengan pencapaian pelajar”
(Darling, 2000)

KELEMAHAN ASAS PELAJAR MASA KINI YANG PERLU DIATASI
1.      Masa belajar yang tidak mencukupi
2.      Kaedah belajar yang tidak berkesan
3.      Motivasi diri yang tidak mantap
4.      Sikap negatif dengan guru

BAGAIMANA MENGATASINYA   ?

MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KREATIF

Strategi P&P yang bermakna dalam pelaksanaan dan pembangunan kreativiti ialah:
1.      Konstruktivisme
2.      Inkuiri penemuan
3.      Pembelajaran berasaskan masalah
4.      Membuat keputusan
5.      Pembelajaran berasaskan projek

Fokus Guru dan Murid bagi Setiap Fasa
Proses kreatif terarah dalam P&P, perlu diikuti langkah demi langkah bermula daripada fasa
Persediaan,
Imaginasi,
Perkembangan dan
Tindakan



AKTIVITI KEMAHIRAN BELAJAR YANG BOLEH DITERAPKAN SEMASA P&P
DI BILIK DARJAH

1. Dapatkan 4 jam sehari
  1. Kerja / tugasan sertamerta
  2. Ulangkaji pelajaran harian dlm. 12 jam
  3. Persiapan esok
  4. Latihan tambahan sendiri
  5. Peperiksaan mingguan

2. Guna otak kiri dan otak kanan
  1. Kapalterbang 2 sayap
  2. Burung 2 sayap
  3. Bagaimana burung kalau terbang dengan 1 sayap ?
  4. Otak kiri – sains, sistematik, logik
  5. Otak kanan – Kreatif, inovatif, idealis

3. Teknik OK
  1. Tandakan OK pada setiap objek dalam gambar atau gambarajah.
  2. O – Objek        K – Keadaan
  3. Huraikan keadaan / fungsi / peranan setiap objek
  4. Setiap huraian kepada Objek membawa markah

4. Guna kaedah belajar input dan output
  1. Beli dan jual baru untung
  2. Dalam dewan peperiksaan masa menjawab bukan masa buat latihan
  3. Setiap hari baca, ulangkaji( input)
  4. Setiap hari jawab (output)

5. Baca komik cina
  1. Tidak faham tulisan.
  2. Tak mengapa.
  3. Boleh faham jalan cerita tak ?
  4. Soalannya
  5. Berapa kali anda melihat atau menyemak buku teks Science anda ?
  6. Berapa kerap anda melihat gambarajah dalam buku teks anda ?
  7. Buat bila-bila masa terluang ( letih ngantuk) .

6.Pindahkan otak ke tangan
  1. Lihat dan salin 10 kali gambarajah.
  2. Salin tanpa melihat 10 kali lagi
  3. Tangan akan membetulkan kesilapan pada bahagian yang salah.
  4. Pelik tapi benar.

   BOLEH GUNA PETA KONSEP.

7. Baca 10 kali
  1. Setiap bab atau tajuk atau topik antara 20 – 30 ms. Bukannya banyak sangat.
  2. Baca majalah bolehkan.  Kejap aje 30 ms.
  3. Setiap topik atau bab baca 10- kali
  4. Akhirnya anda akan baca sebuah buku 10 kali. BOLEHKAN

8. Jawab semua soalan dalam buku teks.
  1. Soalan dalam buku teks adalan pati atau inti kepada isi kandungan pelajaran.
  2. Jangan anggap ianya tiada klass.
  3. Soalan buku teks dahulu barulah soalan buku lain.
  4. Buat ke tidak sebelum ini.


9. Gunakan teknik mengingat
  1. Tulis dan tampal
  2. Baca 3,4,5 dan x x x x x
  3. Minta kawan, mak, tok, nek…turunkan
  4. Baca semula pada tempat kosong itu
  5. Ulangi kalau masih lupa.
  6. CUBA IANYA SANGAT EFEKTIF.

10. FAHAM bukan HAFAL
  1. Pelajaran  kena difahami bukan dihafal dalam bilik darjah.
  2. Cuba fahami setiap makanisma, fenomena dan perkaitannya antara satu sama lain.
  3. Kaitkan dengan kehidupan seharian dan jadikan ianya bermakna dalam hidup kita.

11. Belajar berkumpulan   - Penbekatan Projek
  1. Lihat  -10 %
  2. Dengar  -20 %
  3. Sebut  -50 %
  4. Lihat dan dengar -60 %
  5. Lihat, dengar, dan sebut -80 %
  6. Ajar pada kawan -90%
  7. Ilmu kalau digunakan akan bertambah tajam


12. Teman setia soalan tahun-tahun lalu
  1. Dapatkan soalan peperiksaan tahun-tahun lalu.
  2. Buat seberapa banyak soalan yang boleh. Ulangi kalau perlu
  3. Bincang dengan guru / rakan

13. Sentiasa mendahului
  1. Mendahului apa ?
  2. Senaraikan 10 perkara yang perlu didahului :-
  3. Baca dulu
  4. Datang awal
  5. Nota anda lebih awal dari nota pensyarah
  6. Rujukan anda mendahului pensyarah

14. Tumpuan 100%
Perhatian penuh terhadap sesuatu memerlukan kombinasi komponen berikut:
            2          MATA                       
            2          TELINGA    
            1          MINDA                     
            1          MULUT
            1          HATI
            ANGGOTA FIZIKAL LAIN TUMPUAN 100%
PANDANG PADA GURU YANG SEDANG MENGAJAR
TUMPUAN 100%    TUMPUAN 100%    TUMPUAN 100%
  1. Mata pandang pada guru 100%
  2. Telinga jangan dengar perkara lain
  3. Mulut DIAM
  4. Akal fikiran fikir apa yang sedang diajar

15. Sentiasa berkemahuan menjadi orang berjaya
  1. Orang berjaya mencari jalan
  2. Orang gagal memberi alasan.
  3. Siapakah orang berjaya yang menjadi idola anda ?

16. Guna KAD INDEK
  1. Kertas A 4  di bahagi 4
  2. SATU WARNA SATU SUBJEK
  3. Soalan di hadapan- jawapan di belakang
  4. Buat kad bagi tajuk baru dan tajuk lama
  5. Bawa kemana sahaja anda pergi
  6. Bahan rujukan utama dalam masa-masa yang singkat


17. Tulisan bayangan
  1. Apabila anda menjawab soalan latihan tulislah pada bantal sebelum tidur.
  2. Selesaikan masalah matematik di atas bantal anda.
  3. Sebarang soalan yang tidak dapat diselesaikan ditulis pada bantal.
  4. Bacalah BISMILLAH DAN SELAWAT sebelum tidur.
  5. INSHAALLAH IANYA AKAN DISELESAIKAN DALAM TIDUR ANDA.


18. Gunakan bahan multimedia  interaktif
a.       Gunakan bahan dari internet
b.      Boleh guna CD interaktif
c.       Guna portal Utusan – www.tutor.com.my
d.      Boleh secara sendiri atau berkumpulan

19. Penggunaan video klip
a.       Video klips dari You Tube
b.      Bahan Kementerian Pelajaran
c.       Buat sendiri

20. Belajar secara online
a.       Skor A
b.      Tutor.com
c.       Edu Web TV KPM
Web/portal/server sekolah 

TAKLIMAT PEMUAFAKATAN PROFESIONALISME GURU CEMERLANG DAERAH KULIM BANDAR BAHARU BIL 2/2012 (INOVASI DAN KREATIVITI DALAM P&P MENGAJAR KEMAHIRAN BELAJAR)

TAKLIMAT PEMUAFAKATAN PROFESIONALISME GURU CEMERLANG DAERAH KULIM BANDAR BAHARU BIL 2/2012 (INOVASI DAN KREATIVITI DALAM P&P MENGAJAR KEMAHIRAN BELAJAR)


Tarikh: 23 April 2012
Masa: 2.00 petang
Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim

Kerjasama dan sokongan semua guru cemerlang KBB bagi menghadiri dan menjayakan taklimat tersebut disanjung tinggi.

LAPORAN PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENDIDIKAN KHAS 2012 (ICSE 2012) “TRANSFORMASI KE ARAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN KHAS”


PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENDIDIKAN KHAS 2012   (ICSE 2012) “TRANSFORMASI KE ARAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN KHAS”

TARIKH            :           9 APRIL 2012 – 12 APRIL 2012
TEMPAT          :           HOTEL MAHKOTA, MELAKA
ANJURAN         :           UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PERASMIAN OLEH :
Y.A.B DATUK SERI HJ. MOHD. ALI BIN MOHD. RUSTAM
KETUA MENTERI MELAKA BANDAR BERSEJARAH

PEMBENTANGAN  HASIL KAJIAN OLEH PUAN NORMA BINTI IBRAHIM,             
GURU CEMERLANG PENDIDIKAN KHAS, DAERAH KULIM BANDAR BAHARU.

TAJUK KAJIAN
“RTI : RANCANGAN TRANSISI INDIVIDU PELAJAR
GLOBAL  DEVELOPMENTAL DELAY”  




BENGKEL PENDIDIKAN KHAS 2012 “MASA DEPAN INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS DALAM MASYARAKAT”


DIKELOLAKAN OLEH:          PERSATUAN PENDIDIKAN KHAS,
SMK LUBOK BUNTAR, SERDANG,  KEDAH



TARIKH                 :               1  APRIL  2012 (AHAD)
MASA                   :                8.00 PAGI – 2.00 PETANG
TEMPAT               :               DEWAN MAKAN ASRAMA,
SMK LUBOK BUNTAR.



PENCERAMAH:

I.        Puan Norma Binti Ibrahim
Penyelaras Pendidikan Khas, SMK. Lubok Buntar
Tajuk ceramah : Persediaan  Individu Berkeperluan Khas Ke Alam Pekerjaan

II.      Cik Normazliza Binti Ismail
Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat,  Daerah Bandar Baharu, Kedah.
Tajuk ceramah  : Hak Orang Kelainan Upaya (OKU) Dalam Masyarakat

III.    Puan Surida Binti Shahidan
Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bukit Mertajam
Tajuk ceramah : Keistimewaan Kepada Agensi Yang Menyediakan Pekerjaan
Kepada Individu Berkeperluan Khas


Matlamat
Bengkel ini bertujuan membantu insan-insan berkeperluan khas mendapat hak mereka untuk diterima sebagai individu yang produktif di dalam masyarakat di samping dapat bersaing dalam pasaran pekerjaan di luar.
Objektif
Di antara objektif diadakan bengkel ini adalah;
i.        Memberi  maklumat kepada ibu bapa, keluarga, masyarakat dan agensi-agensi tertentu tentang kewajipan mereka terhadap seseorang  individu berkeperluan khas.
ii.      Memberi  pendedahan kepada ibu bapa, keluarga, masyarakat dan agensi-agensi tertentu tentang keistimewaan yang disediakan oleh kerajaan terhadap individu berkeperluan khas yang bekerja
iii.    Menyampaikan maklumat kepada masyarakat dan agensi-agensi pekerjaan tentang keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan kepada agensi yang mengambil individu  berkeperluan khas bekerja. 

Kumpulan Sasaran
Individu berkeperluan khas
Ibu bapa atau keluarga
Agensi-agensi pekerjaan
Pemimpin masyarakat
Guru-guru pendidikan khas

Perasmian oleh :
Encik Sofaruddin Bin Hj. Ismail, BCK.
Ketua Sektor Pendidikan Swasta Dan Pendidikan Khas
                Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.


UCAPAN DAN PERASMIAN OLEH ENCIK  SOFARUDDIN BIN HJ. ISMAIL, BCK, KETUA SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS, JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH.




CERAMAH OLEH PUAN NORMA BINTI IBRAHIM, GURU CEMERLANG PENDIDIKAN KHAS, SMK. LUBOK BUNTAR, SERDANG, KEDAH. TAJUK CERAMAH : PERSEDIAAN AWAL INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS KE ALAM PEKERJAAN.




CERAMAH OLEH PEGAWAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI, BUKIT MERTAJAM DAN PENOLONG PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT BANDAR BAHARU, KEDAH.






     PARA PESERTA BENGKEL DAN SESI SOAL JAWAB DENGAN PENCERAMAH.



 PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN KEPADA PESERTA BENGKEL PEND. KHAS



PAMERAN DAN JUALAN HASIL PELAJAR PENDIDIKAN KHAS – ANTARA AKTIVITI SAMPINGAN PADA HARI TERSEBUT.